Tenaga haba boleh dipindahkan dari objek yang panas ke objek yang sejuk.
Batang besi di dalam bikar menjadi panas apabila air di dalam bikar dipanaskan. Ini adalah kerana haba daripada air dipindahkan ke batang besi tersebut.
Suhu merupakan penunjuk darjah kepanasan.
Suhu menunjukkan panasnya sesuatu bahan. Semakin tinggi suhu sesuatu bahan, semakin panas bahan itu.
Disebaliknya, suhu juga menunjukkan sejuknya sesuatu bahan. Semakin rendah suhu sesuatu bahan, semakin sejuk bahan itu.
